Wednesday, February 2, 2011

PESAWAT PEJUANG


Pesawat pejuang-penyerang (juga dikenali sebagai pejuang-pengebom dan pejuang taktikal) merupakan sejenis pesawat pejuang yang juga berupaya untuk menyerang sasaran-sasaran permukaan termasuk kapal. Ia berbeza daripada pesawat serangan darat kerana pada masa yang sama pesawat ini masih dianggap sebagai sebuah pesawat pejuang yang berupaya. Dahulunya, sesuatu serangan udara ke atas sasaran-sasaran permukaan biasanya akan melibatkan pesawat pengebom, dengan dilindungi oleh pesawat pejuang. Pesawat pejuang-penyerang boleh menyerang sebarang sasaran darat tanpa bantuan, dan pada mana yang sama masih boleh mengendalikan dan dilengkapi dengan persenjataan secukupnya bagi tujuan mempertahankan diri.

No comments:

Post a Comment